bagai satu penyakit
mudah sungguh berjangkit
setiap masa berduyun pesakit....
bagai sejenis ubat
diekstrak dari idea yang lebat
merawat jiwa yang tenat...
bagai canggihnya senjata
mensasar di dunia nyata
musuh tumbang di depan mata
hebat sungguh mukabuku
buat aku sendiri terpaku
harian duduk kaku
mencari info bersaku-saku
ayat kadang-kadang pun tiga suku
semua kerja terhenti selalu
nak stop... nanti lah dulu...
06 Disember 2009
mukabuku
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 10:29:00 PTG 0 komen
05 Disember 2009
Curiga
aku bentang redup pandangan
pada segenap celahan
yang membugar renungan
pada sinis senyuman
ada mata melirik jelingan
terkedu penuh pengertian...
anak kecil itu berlarian
tak tahu minda ku berpeleseran
di tepian merebah keresahan
gagah aku kerna keperitan
mahu aku seteguh karang di lautan
walau harian dibelasahan...
minda ini penuh persoalan
jiwa ini sarat pertanyaan
haruskah ku simpan
perlukah aku meluahkan
kadang-kadang menjadi amukan
bila tak mampu membendung keresahan
dendam menjadi teman.
insan yang beriman
kuatkan pegangan
tingkatkan kesabaran
jalinkan kemesraan
satu hari nanti akan terbit nilai kemanusiaan
yang dicari walau dalam kesyahduan.
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 10:16:00 PTG 0 komen
Label: monolog aku
Kisah pencinta dunia
berlari-larian dia di pentas dunia
mencari karun di mana berada
tak kira bila-bila masa
tika terik mentari mahupun tika badai melanda.
bersungguh-sungguh dia belajar asas niaga
turun naik saham dapat diduga
harta yang ada dilabur mencari laba
tak cukup di peti simpan dipinjam pula.
saban waktu bekerja
dari pagi membawa gelita
mencari peluang yang tumbuh melata
agar poket kembung sentiasa
tak sedar ada jiwa yang sengsara.
wahai pencinta dunia
lihatlah dalam raga yang kau bawa
cukupkah bekal untuk kau ke sana
menghadap Yang Esa.
Sedarlah wahai saudara
tanggungjawab kau panjang berjela
pada jiwa yang sedang lara
pada tangisan si kecil yang belum reda
pada ayahanda dan bonda yang kau cinta
pada istana yang belum sempurna
kembalilah menghadap pencipta
sujud syukuri rezeki yang ada
kasihanilah ukhrawi yang kian malap tidak bernyala...
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 9:16:00 PTG 0 komen
Label: menginsafi
Nasib Si perindu
disebalik tirai jendela itu
ada sepasang mata kelesuan
bagai menyimpan suatu cerita
pada lewat remang petang kelmarin.
Semalam, aku masih lagi terpana
pada sepasang mata yang masih membisu
teragak mengatur bicara
bimbang kata meruntuh tangisan.
Hari ini, aku diasak inkuiri
menyusun kata penuh santun
agar sepasang mata meluah jawapan
biar gerimis terhenti di jalanan.
Rupa-rupanya sepasang mata sedang merindu
pada pria yang tercinta
pergi bersama rajuk yang tidak disangka-sangka
sepi bertamu membawa derita.
Esok yang mendatang
tak pasti ke mana sepasang mata kan pergi
apakah masih di muka jendela itu
menanti pujaan hati...
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 9:09:00 PTG 0 komen
Label: meracau
antara adik dan kakak
Bila dua jasad bersua
suasana pasti ceria
celoteh kakak yang entah apa-apa
adik riang bila tertawa.
Bila dua jasad bertemu
gelak sakan tak pernah kaku
kerna kakak yang banyak laku
adik terpana terkadang ragu.
Bila dua jasad berperi
dalam kalam indah berseri
ayat kakak kadang kala menyentuh hati
buat adik meratap sendiri.
Duhai adik yang kakak kenali
bukan niat menyinggung saudari
berkias bukan untuk berjauh hati
apatah lagi buat dikau berdiam diri
sekadar meluah rasa sendiri
agar bergegar amukan motivasi
kita teruskan semangat nan jati
menganjak rekod reputasi
bahagia duniawi ukhrawi.
Antara adik dan kakak
kita punya citarasa berbeza
tapi selera tetap sama.
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 9:03:00 PTG 0 komen
Label: monolog aku
Dia yang aku cemburui...
ku kenali sebentar cuma
di suatu medan tika ICT bertempur
kami sama-sama berjuang
bersama senjata mutasi minda
akhirnya...
terpisah oleh tamatnya perang.
pertemuan itu rupanya
salam ukhwah insani
kini aku dan dia
sama-sama mengetuk kecapi yang sama
mengalun tarian serupa
ada kala langkahnya sumbang
ada kala tunggang langgang
namun, tekad kami seia sekata
melayar bahtera ke destinasi bahgia.
ku lihat dari mata kecilku
semangatnya cukup membara
apa jua disandang
pastinya membuah jaya
ilmunya cukup gah dipersada
melaung lantang berdagangan
berkocak pendengar menahan getaran.
aku tak tahu
kenapa mesti cemburu
pada pucuk muda itu
ermm... apa yang pasti
kami sehaluan
misi nan satu
membangun watan di arena gemilang
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 8:57:00 PTG 0 komen
Label: motivasi
Merenung diri makhluk Tuhan
dalam kesepian
aku melangut sendirian
mencari erti sebuah pencarian
tak pasti apakah ia satu jawapan
bakal merungkai suatu persoalan
ceritera makhluk tuhan
tak pernah puas dengan keadaan
takut pada kelemahan
yang dicipta untuk kebanggaan
untuk siapa bicara tafsiran
tika merenung penuh keasyikan
meletak diri di celah kepayahan
mengharap akan ada yang ihsan
pada dogengan sebuah gadaian
moga tercemar reputasi teman
oh! malang sungguh perkhabaran
bibit amarah mula berternakan
mungkinkah nanti untung dagangan
omongan kosong jadi siulan
bilakah akan terhenti pengharapan
menanti ketenangan
diterjah kebahagiaan
oleh tamu keikhlasan
bersabarlah wahai insan...
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 8:51:00 PTG 0 komen
Label: menginsafi
Siapa dia sebenarnya?
Dia dikenali sebagai sahabat
cukup sarat dengan gaya memikat
kata-katanya hebat tika berdebat
lagaknya mahu muafakat
tapi hati terkandung segala muslihat...
Dia dikenali sebagai kawan
tak mahu kalah sentiasa melawan
gagasan di menara cuba ditawan
tapi jiwanya sering saja tidak keruan...
Dia dikenali sebagai teman
asyik memilih mencari idaman
mengagung diri dikhalayak laman
cuba menggoda si wajah tampan
tapi mindanya bergelora bak tidak siuman...
Siapa dia sebenarnya?
aku tercari-cari disegenap penjuru
supaya tidak terburu-buru
untuk aku halakan peluru
memusnahkah tubuh cemburu.
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 8:36:00 PTG 0 komen
Label: menginsafi
Istimewa buat adik...
betapa indah bumi dicipta
punya penghuni pelbagai cerita
ada yang petah membelit kata
ada yang gagah mendukung nista
ada yang lincah mencipta agenda.
antara yang memandang
tak semua kan tenang
pada benih yang belum matang
mungkinkah akan tercabar impian usang
hati terusik bertambah walang.
biarlah mereka merencana
mencanai impian derita
tidak dirimu di ambang gelita
mencari sebak yang sengaja dicipta
akhirnya punah semangat membara.
bangkitlah walau tidak disanjung
ada harga disebalik keringat yang gilang
walau cemuh yang mendatang
anggaplah cabaran untuk terus gemilang
demi membela watan cemerlang
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 8:30:00 PTG 0 komen
Label: motivasi
Melewati 2009 ~ ada sinar yang malap~
Berkobar menganjak tahun
tak sedar bertambah usia
harus lebih matang melestari diri
menempuh onak yang sentiasa mencemburui
pada suatu tekad yang tercipta
keinginan yang membuak rasa
membina mahligai yang maha sempurna.
Meniti 2009...
rupanya ombaknya lebih ganas
terhuyung hayang ditiup bayu ngeri derita
kadang-kadang aku tewas dihanyut gelombang sengsara
mujur masih aku mampu berpaut di dahan yang utuh
tersadai terhampar di benteng iman
bisikan kalimah sabar mengejut khayalan
bentangkan sejadah kesedaran
padaMu Allah
ku sujud bersama tangisan
keampunan di panjat atas khilaf sendiri
terlalu sombong mengundi dunia
akhirnya memakan diri
terperosok di celahan mimpi.
Di penghujung 2009...
sisa-sisa yang tinggal aku insafi
muhasabah merefleksi diri
benar kata tetua
dalam merai suka
jangan dilupa duka akan tiba bila-bila saja
harus sentiasa bersederhana
mendekorasi istana bahagia.
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 8:20:00 PTG 0 komen
Label: monolog aku
Memendam impian
Tika itu dia masih lagi hingusan
tapi pintar beranganan
mengukir cita di fikiran
mengulit pena di contengan
berasak-asak kata di perbarisan.
Masih ingat tika dia diteman nian
terjurai sebuah karangan
meluah bakat yang disimpan
entah dari mana warisan
digalur dari suatu zaman
berkemungkinan...
Kini dia kembali berlakaran
ada lahar yang masih hangat di dasaran
mendiam disebalik keegoan
diterjah oleh sang teman
tersentak sebuah lamunan.
Apakah reformasi bakal menjadi undangan?
tetamu kehormat lambang keagungan
mengajak dia tertari di pentas kesenian
mendandan kata tidak bertepian
suara hati akan bertaburan
bersepahan di bumi Tuhan.
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 8:12:00 PTG 0 komen
Label: monolog aku
Buka bicara
Blog ini khusus untuk hasil nukilan aku. Karangan bahasa yang lahir dari lubuk hati dan di cetus dari ufuk minda, aku paparkan di ruangan ini. Sememangnya, aku bukan lah ahli bahasa apatah lagi pakar bahasa. Aku hanya pengulit kata kerana minat aku yang mendalam dalam dunia bahasa. Kepada yang arif berbahasa ingin rasa diri ini berkongsi ilmu supaya terus terjulang martabat perbahasaan di muka dunia.
Nukilan oleh: Hadijah Jamaludin pada 7:21:00 PTG 0 komen