BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat berkunjung ke dedaunkata.blogspot.com. Bersama kita gerakkan momentum bahasa .

05 Disember 2009

Kisah pencinta dunia

berlari-larian dia di pentas dunia
mencari karun di mana berada
tak kira bila-bila masa
tika terik mentari mahupun tika badai melanda.

bersungguh-sungguh dia belajar asas niaga
turun naik saham dapat diduga
harta yang ada dilabur mencari laba
tak cukup di peti simpan dipinjam pula.

saban waktu bekerja
dari pagi membawa gelita
mencari peluang yang tumbuh melata
agar poket kembung sentiasa
tak sedar ada jiwa yang sengsara.

wahai pencinta dunia
lihatlah dalam raga yang kau bawa
cukupkah bekal untuk kau ke sana
menghadap Yang Esa.

Sedarlah wahai saudara
tanggungjawab kau panjang berjela
pada jiwa yang sedang lara
pada tangisan si kecil yang belum reda
pada ayahanda dan bonda yang kau cinta
pada istana yang belum sempurna
kembalilah menghadap pencipta
sujud syukuri rezeki yang ada
kasihanilah ukhrawi yang kian malap tidak bernyala...

0 komen: